DR ROSHASLIDA BINTI ISMAIL

ABOUT ME

SEBAGAI kakitangan awam dalam bidang pergigian di hospital dan klinik selama empat tahun menimbulkan idea untuk Dr Roshaslida Ismail menyelamatkan gigi remaja-remaja yang mendapatkan rawatan berhubung kesihatan ‘aset’ mereka. Perasaan itu timbul secara tiba-tiba apabila banyak gigi remaja yang masih boleh diselamatkan selain menampal atau cabut dilakukan tetapi perkhidmatan itu sangat terhad untuk dilaksanakan di agensi-agensi kerajaan. Menurut pengasas Rossinda Empire Sdn Bhd itu, dari situ beliau mula membuka klinik pergigian di kawasan Manir, Kuala Terengganu. "Ketika itu tahun 2010, klinik kosmetik pergigian amat jarang sekali ditemui di Kuala Terengganu dan saya putuskan untuk buka klinik berkenaan, tetapi akibat tidak faham mengenai bisnes dan lokasi yang dipilih tidak sesuai, ia terpaksa ditutup dan berpindah ke sebuah pasaraya di bandar Kuala Terengganu pula dengan jenama Klinik Pergigian Roshaslida pada Oktober 2011. “Saya mula terfikir dan mencari ilmu bisnes supaya klinik yang diusahakan ini diterima masyarakat sekeliling. Saya fikir ramai pelanggan yang memerlukan kosmetik pergigian berada di pasaraya dan alhamdulillah, ia mendapat sambutan,” Lima tahun selepas itu beliau beroperasi pula di Dataran Austin dan di situ sekali lagi diuji apabila berlaku masalah dalaman syarikat sehingga klinik terpaksa dijual. Selepas peristiwa itu, Dr Roshaslida bangkit semula dengan membuka klinik di Tok Jiring, Klinik Gigi Rossinda bermula dengan zero modal ekoran kejatuhan beliau sebelum ini. Berkat tawakal dan mengingatkan kembali ‘big why’ kenapa mula-mula ingin buka klinik dulu iaitu membantu orang ramai menyelamatkan gigi mereka, beliau teruskan jua walaupun dalam keadaan perit. “Setahun selepas itu, akhirnya beliau berjaya membeli Klinik Pergigian Ma dan meneruskan impiannya menyelamatkan gigi pesakit yang masih boleh diselamatkan dengan pelbagai teknologi terkini. “Impian saya, mahu semua doktor merealisasikan niat saya ini untuk menyelamatkan gigi dan bukannya mengambil jalan ringkas tanpa menggunakan kosmetik pergigian. Disebabkan impian saya ini jugalah saya bekerjasama dengan dua lagi doktor yang bekerja di klinik saya. Doktor ini dipilih kerana mereka mempunyai semangat dan ikhtiar untuk selamatkan gigi-gigi pesakit,” katanya. Dr Roshaslida juga merancang untuk membuka klinik pergigian 24 jam suatu masa nanti kerana terdapat peristiwa yang membuatkan beliau terdetik untuk melaksanakan operasi seperti itu. Katanya, orang ramai perlu berwaspada dengan perkhidmatan jalanan kerana sebarang rawatan hanya boleh dilakukan di klinik bertauliah. Sebagai doktor bertauliah dalam bidang pergigian, beliau berkata, untuk melayakkan seseorang doktor melakukan perkhidmatan secara mobile, perlu mempunyai lesen klinik bergerak. Ini juga antara sebahagian impian beliau untuk membantu pesakit terlantar dan masyarakat di kawasan pedalaman mendapatkan rawatan pergigian yang sewajarnya.


INTERESTS

Neque porro quisquam est, qui dolorem ipsum quia dolor sit amet adipisci velit.

SPECIALIZATIONS

BRACES, CROWN (SARUNG GIGI), BRIDGE (JAMBATAN GIGI), VENEER, DENTURE (GIGI PALSU), IMPLANT, WHITENING, FILLING (TAMPALAN), EXTRACTION (CABUTAN), SCALLING


CONTACT

+60129845944

klinikgigi.roshaslida@gmail.com