KLINIK KAMI


KLINIK ROSSINDA

TELITI | MESRA | PROFESSIONAL


VISI


❖ Ingin menjadikan jenama Rossinda sebagai pusat pakar pergigian dalam negara dan menjadi pilihan pengguna dan pengamal pergigian.

MISI


❖ Kami adalah entiti bisnes perubatan.

❖ Perkhidmatan kesihatan pergigian adalah bisnes utama kami.

❖ Membimbing doktor-doktor pergigian menjadi rakan niaga dalam mengembangkan industri kesihatan pergigian.

❖ Objektif kami untuk menjadikan kesihatan pergigian satu platform bagi memakmurkan ekonomi sejagat melalui rangkaian pengamal professional.

LATAR BELAKANG KLINIK



Klinik Pergigian Rossinda telah diasaskan dan diusahakan oleh Dr Roshaslida binti Ismail. Beliau berkelulusan di dalam Ijazah Doktor Pembedahan Pergigian (Dental of Dental Surgeon) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Klinik Pergigian Rossinda adalah sebuah klinik pergigian swasta yang memberi perkhidmatan kesihatan mulut yang merangkumi pergigian restorative, endodontic, periodontik, prostodontik, cabutan pergigian, pembedahan kecil mulut, dan perubatan mulut.

Hasrat kami adalah mewujudkan sebuah klinik yang terbaik buat pelanggan, juga menitikberatkan fasiliti tempat bekerja terutamanya kepada doktor yang bertugas. Selain itu, cita-cita klinik ini juga mahu mendekatkan lagi masyarakat dengan pendidikan dalam menguruskan kebersihan dan kesihatan gigi dan mulut.

Kadar bayaran yang ditetapkan oleh Klinik Pergigian Rossinda adalah amat berpatutan dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan malah harga tersebut tidak boleh dibandingkan dengan pengalaman dan rawatan yang dibuat oleh doktor- doktor yang berpengalaman. Sudah menjadi impian Klinik Pergigian Rossinda untuk menjadi klinik pilihan ramai serta menawarkan rawatan yang terkini.


Pusat Kami

NILAI KAMI


❖ Sentiasa berlapang dada untuk menerima pelanggan.

❖ Menyediakan penjagaan pergigian yang berkualiti.

❖ Mengutamakan pencegahan penyakit-penyakit mulut dengan mempromosikan kesihatan mulut yang baik kepada semua pesakit yang hadir untuk mendapatkan rawatan dan rundingan di klinik kami.

❖ Menyampaikan maklumat dan teknik terkini dan efisien tentang kesihatan mulut dan penyelesaian (rawatan) kepada masalah mulut kepada seramai orang yang mungkin dengan menyertai pameran, karnival, dan yang seumpamanya.

❖ Menyediakan persekitaran klinik yang mesra, selesa dan mendamaikan kepada pesakit yang datang.

❖Mendekatkan komuniti dengan pendidikan dalam penjagaan kesihatan mulut.


❖ Ingin menjadikan jenama Rossinda sebagai pusat pakar pergigian dalam negara dan menjadi pilihan pengguna dan pengamal pergigian.

❖Membuat kaji selidik kepuasan pelanggan yang datang ke klinik kami dan menggunakan keputusan tersebut dalam penambahbaikan perkhidmatan klinik.

❖Melibatkan tenaga pakar dan professional lain dalam rawatan yang perlu dan berdasarkan keinginan pesakit contohnya rujukan kepada doktor-doktor pakar.

❖Memahami secara mendalam dan tepat tentang keperluan pesakit kami, dengan mengalakkan dan melibatkan diri mereka dalam membuat keputusan bagi rawatan yang bakal dijalankan keatas mereka.

❖Memberi pengalaman ‘ pain free ’ semasa rawatan kepada pesakit.